THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 16, 2014

isi aku, dan kamu


hari hari dan setiap masa,
disetiap rintik hujan dan langkah kakiku,
disetiap denyut nadi dan saat yang berlalu,

aku berdoa dan terus berdoa,
agar kau dipertemukan dengan jodoh yang baik.
yang jauh lagi baik dari aku,
yang mampu bersama kau disetiap hela nafas.

yang mungkin lebih berada dan kaya dari aku,
agar kau punya tempat mengadu disaat kau jatuh,
agar kau tidak kesejukan dipeluk dingin malam
berlangitkan bumi tanpa bumbung.

betapa terseksanya jiwa aku
kerana tidak kemampuan aku
memberi yang terbaik untuk kau.
bukan tidak mahu, tapi aku tidak mampu.

aku tahu kau sakit
aku tahu kau kecewa
aku tahu kau derita
aku tahu semua isi hatimu
aku tahu.

tapi aku tidak mampu berbuat apa apa.
aku sungguh tidak mampu.
aku tidak mampu.

apa kau mengerti isi hatiku?
derita jiwaku?
kerana tidak mampu mengadakan apa yang kamu perlu?

maafkan aku.
maaf.
maafkan aku.



Friday, July 4, 2014

bukan aku



tidak ada walau satu hari yang berlalu
aku biarkan pergi tanpa mengirim doa buat kamu

tidak ada walau satu waktu solat
aku biarkan pergi tanpa menadah tangan dan menyebut namamu.

kau tahu,
setiap kali selepas solat,
aku menyeru namamu.

menyeru agar Tuhan membahagiakan kamu
memberi kemewahan buat kamu
memberi ketenangan jiwa buat kamu
menyempurnakan cebis cebis hati kamu
menyatukan semua keluarga kamu
menambah ketakwaan dalam diri kamu
meningkatkan iman dalam hati kamu.

setiap saat dan ketika
doaku tak pernah padam buatmu
doaku mengiringi setiap langkah jalanmu.
doaku menemani setiap malam tidurmu.

mungkin kerana aku ini orang yang besar dosanya
maka belum lagi Tuhan makbulkan doa doa ku buatmu.
atau Tuhan sengaja mahu menguji tahap sabar dan imanmu.

doaku meliputi hampir sebahagian rutinmu.
agar kau dijauhkan dari mara bahaya
agar kau diberi hidayah dan petunjuk
agar api neraka jauh dari padamu

tapi aku hanya manusia biasa
dan aku tahu senjata orang mukmin adalah doa
makbul atau tidak, Tuhan yang tentukannya.

dan doa yang paling kerap aku ulang dan ulang
disekelian kalinya
aku berdoa agar kau ditemukan dengan jodoh yang baik
jodoh yang mampu membimbingmu kejalanNya.
jodoh yang mampu membahagiakanmu keranaNya
jodoh yang taat kepadaNya
agar kamu juga turut serta.

dan sejak itu aku mula terfikir bahawa
jodoh yang baik itu,
sesungguhnya bukan aku.
bukan aku.

kerana aku tak mampu jadi bidadari
untuk orang indah macam kau
aku hanya perempuan jalanan
yang boleh dijumpa dimana mana

orang indah macam kau
seharusnya ditemani seorang bidadari rupawan
mungkin juga ilmuan dan agamawan.
malangnya, aku tidak mampu menjadi bidadari itu.
aku tidak mampu.

tapi aku mahu kau tahu
setiap doaku
aku ikhlaskan hanya untukmu
untuk sepanjang hayatmu.

kerana kau, indah makna cantik dalam jiwaku.







Monday, April 21, 2014



aku mahu lari dari semua ini.

apa bisa?

:')

Monday, September 30, 2013

haih.


badan aku makin hari makin sakit.
kaki aku makin hari makin sakit.
perut aku selalu sakit sakit.
kepala aku apatah lagi.
idea sudah berkurang untuk berkarya.

mungkin tuhan sedang menghukum aku atas dosa dosa lalu.

Thursday, September 19, 2013

;')


it's been a while.

kadangkala,
terlalu banyak yang bersarang didalam kepala.

kadangkala,
ada bermacam yang mahu diekspresikan disini.

kadangkala,
menggigil rasa jari mahu meluah segala dihalaman ini.

namun,
keadaan tidak memberi peluang.
segala yang mahu ditaip akan menjadi masalah kelak.

aku cuma singgah sebentar disini.

aku mahu singgah bertanya khabar dan berterima kasih kerana masih menyimpan segala kisah aku di dada mu.

mungkin aku tidak akan berkarya lagi disini.

semua jalan sudah tertutup rapat dan kemas.

yang ingin aku bilang, terima kasih "ini cerita gila" kerana pernah menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa.

;')


Saturday, March 30, 2013

cinta




jadikan aku cinta terakhir mu,
meskipun aku bukan cinta pertama mu.

semoga makbul,

Sunday, January 20, 2013

sedih.




sedih.
ini sahaja.
sedih dengan diri sendiri.
sedih.
terlalu sedih rasanya.


lebih baik berdiam berdiri.
dan jgn pernah persoal.
tentang kebisuanku dihari hari yang mendatang.